Sunday, May 8, 2011

TARIAN ZAPIN

Mari kita kenali zapin dan asal-usulnya:




Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:
  • Tarian Zapin Arab
  • Tarian Zapin Johor
  • Tarian Zapin Lenga
  • Tarian Zapin Pekan
  • Tarian Zapin Tenglu


Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.

                                                                     gambus

                                                                           Rebab

                                                                           Marakas


                                                                            Rebana







Tarian Zapin di Brunei

Manakala di Brunei, tarian Zapin pelbagai juga jenis dan ragamnya seperti rentak dan geraknya. Mengikut dari segi sebutan dialek orang Brunei, zapin lebih dikenali dengan panggilan "Jipin". Jika di Brunei, di antara zapin yang cukup digemari adalah:-
  • Zapin Laila Sembah (Jipin Laila Sembah)
  • Zapin Tar (Jipin Tar)
Dan mengikut dari segi asal-usul tarian zapin di Brunei, ia dipercayai pengaruh dari budayanya yang begitu sinonim dengan kedatangan pedagang bangsa Arab kepulauan Borneo yang tertumpu di Brunei. Tiada bukti sahih menceritakan, akan tetapi kedatangan pedagang Arab mampu mengubah seni budaya iaitu dari segi tarian. Di mana Sultan Sharif Ali, sultan Brunei ketiga juga merupakan berbangsa Arab dari Taif. Zapin berasal dari segi bahasa arab iaitu "Zafn" yang bermaksud pergerakan kaki cepat mengikut rentak pukulan. Tarian ini juga kadang-kadang ditarikan secara berlagu atau berzikir atau di Brunei iaitu berdikir atau berselawat ke atas Nabi.
Jika di Brunei, alat-alat muzik yang digunakan untuk membantu tarian Zapin ialah gambus, rebana, gendang tabur dan ta

 


Asal tarian

Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16.
Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.



Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian Zapin ini dipercayai berasal dari Tanah Arab yang gerakannya adalah cepat dan tidak banyak gerakan bunga tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima puluhan (50an) dan enam puluhan (60an). Tarian Zapin Johor dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Secara realitinya, kedua-dua genre zapin itu berasal daripada satu keseniaan masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut.
Di Johor, Malaysia, tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam dan berfungsi sebagai hiburan sama ada pada upacara-upacara sekular mahupun pada sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun lahir daripada adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.
Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan sesama mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha individu di samping meminggirkan persaingan antara pemain dalam kumpulan mahupun antara kumpulan. Jika ditinjau daripada perspektif inilah,maka keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor amat terserlah.

Tarian Zapin Pekan merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Zapin yang asal dipercayai berasal dari Tanah Arab yang geraknya adalah cepat dan tidak banyak gerak bunga tarinya. Zapin Pekan dipercayai telah diperkenalkan di sekitar daerah Pekan oleh seorang tukang songkok yang berasal dari Sumatera bernama Adam pada tahun 1930-an. Tarian zapin bercorak tarian persembahan atau pertunjukan. Gerak tarinya berasaskan kepada langkah kaki2 penari. Sungguhpun tarian ini berasal dari Arab-Parsi, namun dari segi pakaian penari2 memakai pakaian Melayu selengkapnya.
Tarian ni ada tiga peringkat. Peringkat pertama, permulaan tarian atau pembukaan tarian. Peringkat kedua ialah pecahan atau gerak serta lenggang tari dan peringkat ketiga merupakan peringkat akhir iaitu sebagai penutup tarian.
Zapin begitu popular pada tahun-tahun lima puluhan dan enam puluhan di daerah Pekan terutamanya di Kampung Tanjung Gemuk dan Kampung Lamir. Tarian zapin biasanya ditarikan dalam majlis-majlis perkahwinan dan majlis keramaian. Anak-anak muda menjadi penggiat utama dalam tarian zapin ini kerana mereka mempunyai tenaga dan keupayaan menari dalam rentak yang cepat.
Alat muzik utama yang digunakan dalam tarian ini ialah gambus, rebana, gendang dan marakas.Anatara lagu2 berirama asli yang didendangkan mengikut irama zapin ialah lagu2 Lancang Kuning, Zapin Asli, Gendang Rebana dan lain2 lagi.
Seorang pemuzik bernama Tengku Mansor, telah mengambil inisiatif mencipta lagu-lagu sebagai pengiring kepada muzik dan tarian zapin. Antara lagu-lagu yang dicipta ialah Ya Salam, Yale-yale, Tanjung Serindit, Sri Pekan, Lanchang Kuning, Gambus Palembang, Lancang Daik. Lagu-lagu ini dinyanyikan oleh isteri beliau Cik Norlia yang berasal dari Singapura.





No comments:

mari makan mee bandung (makan sambil jana pendapatan)

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Followers

Popular Posts

My Blog List