kegiatan kumpulan

Di dalam bahagian ini saya akan berkongsi kepada para pembaca semua tentang perjalanan atau aktiviti sepanjang tahun yang telah kami lalui. Semenjak penubuhan kumpulan kebudayaan nurmutiara/as-salam pelbagai aktiviti atau kegiatan yang telah kami lalui, diantaranya pelbagai bentuk latihan, persembahan dan juga sebarang mesyuarat yang membina ahli-ahli kumpulan ini. di bawah ini merupakan susunan aktiviti sepanjang tahun 2010 yang telah kami lalui  :                                                                                                                                            

Aktiviti sepanjang tahun 2010


1.     17.4.2010 ( 3.00 ptg – 4.30 ptg )

-          Adakan mesyuarat yang pertama

-          Agenda :  i) Pemilihan ketua , penolong dan AJK untuk kumpulan.

ii) Pemilihan tarikh dan masa untuk latihan bagi setiap kategori iaitu silat , kompang dan zapin. Latihan kompang (malam Jumaat dan Sabtu) silat dan zapin ( sabtu dan ahad pagi)

iii) Memilih warna yang sesuai untuk kumpulan.

iv) tetapkan jumlah bayaran untuk duit tabung.

2.      8.5.2010 (8pg – 12tgh)

-persembahan pertama kompang untuk perasmiana majlis sakinah di masjid jamek al-Ehsan felda pasak yg di rasmikan oleh YB Asiah iaitu ADUN kota lama , kota tinggi.


3.      23.5.2010 (1ptg-4.30ptg)

-          Persembahan pertama (pakej) silat , kompang dan zapin di kg. tembiuh untuk majlis perkahwinan

-          Dijemput oleh en.suhaimi bin ishak iaitu pengantin lelaki.


4.      6.6.2010 (1ptg-4.30ptg)

-          Persembahan silat dan zapin di felda pasak untuk majlis perkahwinan

-          Dijemput oleh cik syafikah binti zaini utk majlis perkahwinannye.


5.      10.7.2010 (2.30 ptg -4.30ptg)

-          Kumpulan kebudayaaan ini mengadakan majlis bacaan yasin dan doa sebelum menyambut Ramadan

-          Semua ahli terlibat dan kedatangan wajib.


6.      24.7.2010(2ptg-4.3optg)

-          Persembahan (pekej) silat,kompang dan zapin di kg. baru, pasak.

-          Dijemput oleh puan normah bt salim utk majlis anak saudaranye.


7.      8.8.2010(3ptg-4.30ptg)

-          Mesyuarat kali kedua diadakan

-          Agenda : i) mengadakan marhaban di bulan syawal utk ahli2 berdaftar sahaja.

               ii) tarikh marhaban 25-26.9.2010 , 2-3.10.2010 iaitu sabtu dan ahad jam 3.00ptg

               iii) menyerahkan surat kebenaran kepada penjaga yg ingin turut serta marhaban

                 iv) baju sedondon utk ahli di kenakan bayaran rm 10.00

                     ( lelaki buat baju raihan dan perempuan buat baju bai)

8.      25.9.2010 (6ptg-9mlm)

-          Persembahan (pakej) silat , kompang dan zapin di dewan serbaguna tmn. Kota Jaya , kota tinggi

-          Dijemput oleh En. Suhaimi bin ishak utk rakan sekerjanya di bahagian perhutanan (forest) .


9.      26.9.2010 (3ptg-6.30ptg)

-          Marhaban di adakan bermula dari rumah ahli yg setuju sahaja

-          10 buah rumah ahli telah di lawati

-          Kedatangan di alu-alukan oleh ibubapa penjaga.


10.  2.10.2010 (3ptg-4ptg)

-          Majlis marhaban penutup di rumah penasihat (pn.salmah bt atan dan en. Ismail bin Ibrahim)


11.  9.10.2010 (8mlm)

-          Persembahan kompang di tmn bendahara kota tinggi utk majlis berinai .

-          Dijemput oleh puan ros utk majlis perkahwinan anaknye.


12.  10.10.2010 (6pg-5.30ptg)

-          Pada hari ini kumpulan ada 3 tempat perlu dituju :

-          Pada pagi (6pg) kump. Kompang bergerak ke pasir gudang utk majlis perasmian PAPIM di dewan serbaguna masai

-          Pada tengahari (12tgh) kump. Zapin , silat dan kompang bergerak serentak ke kg lukut utk persembahn (pakej)

-          Dijemput oleh puan banon bt mat yusuf utk majlis perkahwinan anak perempuan nye.

-          Tepat jam 2.30ptg standby utk majlis perkahwinan di tamn bendahara (pakej).

-          Dijemput oleh puan ros utk majlis perkahwinan anak perempuAn nye.


13.  16.10.2010 (8-10.30 mlm)

-          Perjumpaan kump. Kebudayaan .

-          Agenda : i) tegur tentang displin ahli ketika buat latihan dan persembahan .

-          Ii) terapkan semangat berkumpulan di kalangan ahli.

-          Iii) membincangkan  tentang bayaran wang tabung

-          Iv) bayaran t-shirt utk kumpulan.



14.  5.11.2010 (1.00-5.30 ptg)

-          Persembahan di dewan kg melayu majidee JB utk majlis perkahwinan (pakej)

-          Diundang oleh puan salmah binti Osman utk majlis perkahwinan anak lelaki nye.


15.  5.12.2010 (1.30-2.30ptg)

-          Persembahan kompang ditaman kota jaya KT

-          Di jemput oleh pn norliza binti atan utk majlis perkahwinan anaknya.


16.  18.12.2010 (8.30-10.30 mlm)

-          Persembahan kompang di felda pasak (peringkat 3) utk majlis berinai.

-          Dijemput oleh cik liza utk majlis perkahwinan nye.


17.  19.12.2010 (2.30-4.30ptg)

-          Persembahan (pakej) silat , kompNG dan zapin di felda pasak (peringkat 3)

-          Dijemput oleh cik liza utk majlis perkahwinannye






AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2011

  Pada tahun 2011 meupakan tahun kedua bagi kumpulan kebudayaan Nurmutiara/As-salam. Pada tahun ini kami telah Berjaya menaik taraf dan memajukan kumpulan kebudayaan kami dimana bilangan ahli semakin bertambah disetiap bahagian silat,zapin dan kompang menjadikan ahli dari 40 orang ke 70 orang. Peralatan untuk silat zapin dan kompang juga diperbaharui dan ditambah kuantitinya untuk lebih memenuhi kehendak pelanggan dan menambah kualiti kumpulan. Persembahan kami juga semakin diminati ramai dan semakin berkualiti dimana kami sentiasa mendapat tempahan untuk pelbagai jenis majlis.  Latihan kumpulan kami pula  dijalankan dengan lebih kerap  setiap minggu di mana dilakukan  dengan lebih tersusun dan terperinci . Lagu-lagu di dalam persembahan kompang juga semakin bertambah dimana kami mempunyai  8 buah lagu kesemuanya. Tidak kurang juga bagi silat dan zapin dimana zapin semakin banyak gerak langkah dan lagu persembahan, dan silat pula persembahan ahli semakin menampakkan keaslian dan kesenian silat sebenar. Untuk itu dibawah ini kami lambirkan susunan persembahan kumpulan kebuadayaan kami sepanjang tahun 2011 :

Sabtu 5.2.2011(petang) -             persembahan silat, kompang dan zapin di Taman Kota Jaya, Kota tinggi yang dijemput oleh Cik Syuhada untuk majlis perkahwinannya.


Sabtu 5.2.2011(malam) -               Mesyuarat ahli kumpulan kompang. Membincangkan mengenai lencana  1 Malaysia yang hendak diletakkan di songkok setiap ahli dan juga membincangkan mengenai teknik pukulan kompang yang betul, dan seterusnya memilih ketua kompang yang baru.

Ahad 20.2.2011 -                               Berarak dimajlis Maulidurrasul di Masjid Jamek Al – Ehsan Felda Pasak yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Felda Pasak.



Sabtu 12.3.2011 -                              Persembahan silat, zapin dan kompang  Di Taman Rinting masai yang dijemput oleh En. Mohd Effendi untuk majlis perkahwinannya.



Ahad 13.3.2011 -                               Persembahan silat dan zapin di Felda Bukit Aping timur Kota Tinggi yang dijemput oleh Pn. Norhafizah untuk majlis perkahwinan Adik Iparnya.



Isnin 14.3.2011 -                                Membuat Lawatan sambil belajar ke Yayasan Warisan Negeri Johor. Disini kami diberi pendedahan tentang kebudayaan, khazanah dan sejarah   seni negeri johor.

                                                                Kami Disambut oleh kakitangan yayasan dan mendapat sokongan pada dari penolong Pengarah Yayasan Warisan Johor untuk mengembangkan lagi seni budaya yang ada di negeri Johor ini bak kata pepatah ‘budaya ditatang, ada di sanjung.



Ahad 27.3.2011 -                               Persembahan kompang di Jalan Langsat taman Kota Jaya Kota tinggi, Yang dijemput oleh En. Najib  untuk Majlis Perkahwinan anak saudaranya.



Ahad 3.4.2011 -                                 Persembahan Silat, zapin dan kompang di Dewan Kg.Melayu Majidee Johor Bahru yang diundang oleh Pn.Salmah untuk majlis perkahwinan anak saudaranya.



Sabtu 9.4.2011 -                                Persembahan silat, Kompang dan zapin didewan serbaguna felda Pasak, Kota Tinggi yang dijemput oleh Pn. Syarifah Hazlina untuk majlis perkahwinan abangnya.



Khamis  21.4.2011 -                          Persembahan silat, zapin dan kompang di dewan serbaguna felda pasak kota tinggi  yang diundang oleh ketua wanita umno Felda Pasak iaitu Pn. Hj Fatimah untuk majlis Info 1 Malaysia (Program Sehati Sejiwa Pemimpin Wanita bersama masyarakat).



Ahad 24.4.2011 -                               Persembahan kompang di Felda Pasak, kota tinggi yang diundang oleh Pn. Rohani untuk majlis perkahwinan anak lelakinya.



Sabtu 30.4.2011 -                              Persembahan silat, Kompang dan Zapin di Kg.baru Pasak, Kota tinggi.Di jemput oleh Pn. Yati untuk majlis perkahwinan anank perempuaannya.



Sabtu 15.5.2011 -                              Persembahan silat, kompang dan zapin di felda Pasak , Kota tinggi, yang diundang oleh En. Hj Romli iaitu Mantan Pengurus Felda Pasak Untuk majlis Perkahwinan anaknya.



Sabtu 28.5.2011 -                              Persembahan Silat & kompang di Felda pasak Kota Tinggi, Dijemput Oleh Pn. Hjh Jaminah untuk majlis perkahwinan anan perempuannya.



Ahad 29.5.2011(petang) –            Persembahan silat dan zapin di rumah pegawai kilang getah, Felda Pasak kota tinggi.



Ahad 29.05.2011 (malam) -          Mesyuarat untuk majlis Hi tea kumpulan kebudayaan . membincangkan segala persediaan dan peralatan yang diperlukan untuk majlis tersebut.



Isnin 30.5.2011 -                                mesyuarat Ajk Untuk Majlis Hi-tea  kumpulan. Membincangkan ataurcara majlis menu jamuan dan tugasan mengikut kumpulan.



Sabtu 4.6.2011 -                                Persembahan kompang silat dan zapin di dewan Jubli intan Kota tinggi. Di undang khas oleh Pn.Hjh Fatimah (Ketua wanita Umno felda Pasak ) untuk majlis mesyuarat bahagian Wanita Umno yang dirasmikan oleh Datuk Senator Maznah Mazlan merangkap Naib Menteri Sumber tenaga Kerja.



Ahad 5.6.2011 -                                 Persembahan zapin di Bandar Seri Perani, Kota Tinggi. Dijemput oleh Cik Juliana untuk majlis perkahwinan kakaknya.



Sabtu 11.6.2011 (tgh hari) -          Persembahan Silat, kompang dan zapin di Taman Bukit Tiram ulu Tiram. Diundang oleh En. Anuar untuk majlis perkahwinan adiknya.



Sabtu 11.6.2011 ( ptng) -               persembahan kompang di Felda Pasak Kota tinggi yang diundang ileh En.Hanbali untuk majlis perkahwinan anak perempuannya.



Ahad 12.6.2011 (pagi) -                  Persembahan silat kompang dan zapin di Dewan Jubli Intan Kota Tinggi yang diundang Khas oleh Pn. Hjh Fatimah ( Ketua Wanita Umno Felda Pasak) untuk majlis mesyuarat umno .



Ahad 12.6.2011 (ptng) -                 Persembahan silat kompang dan zapin di Felda pasak Kota Tinggi. Dijemput oleh Pn.Asiah untuk majlis  perkahwinan anak lelakinya.



Sabtu 2.7.2011 -                                Persembahan Zapin Di senai Johor, Di undang oleh Pn.Azlin untuk Majlis Perkahwinan Kliennya.



Ahad 3.7.2011 -                                 Mesyuarat AJK untuk majlis Hi- tea. Mesyuarat diadakan untuk menyemak aturan majlis dan persiapan dalam keadaan seperti yang ditetapkan.



Sabtu 9.7.2011 -                                Majlis Hi Tea kumpulan Kebudayaan yang dirasmikan oleh penasihat kumpulan iaitu Pn Salmah Atan.  Kemudian acara diteruskan lagi dengan acara sukan neka untuk ahli. Selepas itu diadakan jamuan makan untuk setiap ahli. Pada penutup telah diadakan majlis penyampaian hadiah dan wang upah bagi setiap ahli. Selain itu juga berlansung juga penyampaian anugerah pemain kmpang , penari zapin dan persilat terbaik. Penutup telah diadakan acara cabutan bertuah untuk ahli2.



Ahad 10.7.2011 -                               Persembahan silat kompang dan zapin  di felda Pasak yang dijemput oleh Pn.Muntasia untuk majlis perkahwinan cucu lelakinya.



Sabtu 16.7.2011 -                              Persembahan silat dan zapin di Dewan Jubli Intan Kota tinggi, johor bahru yang diundang oleh en.Ngasiman untuk majlis perkahwinan anank perempuannya.



Jumaat 16.09.2011 -                        Mesyuarat kumpulan kebudayaan. Membincangkan tentang marhaban sempena menyambut syawal. Selain itu juga membincangkan mengenai T shirt dan duit tabung kumpulan.



Sabtu 17.09.2011 -                           Persembahan silat, kompang dan zapin di felda Pasak. Dijemput oleh Pn Melah untuk majlis perkahwinan anak prempuannya.



Ahad 18.09.2011 -                            Aktiviti marhaban di mulakan pada hari yang pertama. Kunjungan kerumah ahli-ahli yang turut serta telah dilakukan dengan iringan lagu selawat nabi  dan doa selamat.



Jumaat 23.09.2011 -                        Persembahan zapin Di pejabat syarikat Air Johor (SAJ) kota tinggi yang diundang oleh ajk Majlis SAJ.



Satbu 24.09.2011 (ptng) -              Persembahan kompang di Felda pasak Kota tinggi yang dijemput oleh En. Azhar untuk majlis perkahwinan anaknya.



Sabtu 24.09.2011 (mlm) -              Marhaban kumpulan pada sesi kedua untuk mengunjugi ke rumah ahli2 yang seterusnya.



Ahad 25.09.2011 (mlm) -               Marhaban Penutup di rumah Penasihat dan pengurus kumpulan Pn.salmah dan En.Ibrahim .



Ahad 2.10.2011 -                               Persembahan silat zapin dan Kompang Di kangkar tebrau Johor. Diundang oleh Pn.Hjh Mendah untuk majlis perkahwinan cucunya.



Ahad 30.10.2011 -                            Persembahan kompang di felda pasak Kota Tinggi. Dijemput Oleh Pn.Aminah untuk majlis perkahwinan anak perempuannya.



Sabtu 12.11.2011 -                           persembahan  silat kompang dan zapin  di dewan Felda Semenchu, Kota tinggi yang dijemput oleh Cik Hidayah Untuk Majlis Perkahwinannya.



Ahad 13.11.2011 -                            Persembahna silat kompang dan zapin di rumah penasihat kumpulan kebudayaan untuk majlis perkahwinan Abng Ipar penasihat.



Sabtu 19.11.2011 -                           Persembahan silat kompang dan zapin di taman kenanga JB. Dijemput oleh Pn. Jun untuk majlis perkahwinan adik sepupunya.

Ahad 20.11.2011-                             Persembahan kompang di felda pasak kota tinggi. Diundang oleh En. Samsudin untuk majlis perkahwinan anak perempuannya.



Sabtu 26.11.2011 -                           Persembahan silat kompag dan zapin di dewan serbaguna taman kota jaya yang dijemput oleh En Firdaus untuk majlis perkahwinannya.



Ahad 27.11.2011 -                            Persembahan  silat kompang dan zapin di felda pasak yang diundang oleh Pn.Latipah untuk majlis perkahwinannya anak lelakinya.



Ahad 4.12.2011 -                               Majlis Hi Tea Kumpulan Di Waterfall Resort Kota tinggi. Rombongan bertolak dari felda pasak pada pukul 6.30am dan tiba di resort pada pukul 7.30am. Majlis dimulakan dengan hidangan sarapan pagi oleh pihak resort. Selepas itu acara diteruskan lagi dengan acara sukanneka yang diuruskan oleh pihak resort sehingga menjelang waktu tengah hari. Kemudian acara berhenti berehat seketika untuk makan tengah hari dan solat zuhur. Acara Penutup acara penyampaian cenderahati dan hadiah oleh pihak resort. Majlis bersurai pada pukul 3.00pm.  Rombongan bertolak pulang dan tiba di Felda Pasak pada pukul 4.00pm.



Jumaat 9.12.2011 -                           Majlis penutup akhir tahun yang diraikan dengan jamuan ringan.



Ahad 19.12.2011 -                            Persembahan silat kompang dan zapin di Kg Lukut Kota tinggi yang diundang oleh Cik rafidah untuk majlis perkahwinannya.







untuk tempahan bolehlah menhubungi :
pn.salmah : 012-7489069 
En. ismail : 016-7536962


Followers

Popular Posts

My Blog List