SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI KUMPULAN KEBUDAYAAN ZAPIN NURMUTIARA DAN SILAT, KOMPANG AYAH CU
Tuesday, July 12, 2011
Sunday, July 10, 2011
Koleksi gambar majlis Hi Tea julai 2011
Majlis HI TEA Kumpulan kebudayaan Nurmutiara/As-salam. pada 09.07.2011, bertempat di Felda pasak kota tinggi Johor.
persiapan untuk sukaneka |
sukaneka acara isi air dalam botol |
sukaneka acara tiup belon sape paling besar |
cari duit dalam tepong |
bawak basikal paling perlahan |
penyampaian hadiah dan cabutan bertuah |
nyanyian lagu oleh en.bulat |
DJ yang begaye |
acara baling bola paling hambir dengan kotak |
Ahli-ahli yang sedang menunggu untuk taklimat ringkas |
Sunday, June 19, 2011
Sunday, May 8, 2011
TARIAN ZAPIN
Mari kita kenali zapin dan asal-usulnya:
Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman.
Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di
Nusantara iaitu di Semanjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang
sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.
Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang
ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya
mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya
adalah:
- Tarian Zapin Arab
- Tarian Zapin Johor
- Tarian Zapin Lenga
- Tarian Zapin Pekan
- Tarian Zapin Tenglu
Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha
individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas.
Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun
terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang
dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.
Rebab
Marakas
Rebana
Tarian Zapin di Brunei
Manakala di Brunei, tarian Zapin pelbagai juga jenis dan ragamnya
seperti rentak dan geraknya. Mengikut dari segi sebutan dialek orang
Brunei, zapin lebih dikenali dengan panggilan "Jipin". Jika di Brunei, di antara zapin yang cukup digemari adalah:-
- Zapin Laila Sembah (Jipin Laila Sembah)
- Zapin Tar (Jipin Tar)
Dan mengikut dari segi asal-usul tarian zapin di Brunei, ia
dipercayai pengaruh dari budayanya yang begitu sinonim dengan kedatangan
pedagang bangsa Arab kepulauan Borneo yang tertumpu di Brunei. Tiada
bukti sahih menceritakan, akan tetapi kedatangan pedagang Arab mampu
mengubah seni budaya iaitu dari segi tarian. Di mana Sultan Sharif Ali,
sultan Brunei ketiga juga merupakan berbangsa Arab dari Taif. Zapin
berasal dari segi bahasa arab iaitu "Zafn" yang bermaksud pergerakan
kaki cepat mengikut rentak pukulan. Tarian ini juga kadang-kadang
ditarikan secara berlagu atau berzikir atau di Brunei iaitu berdikir
atau berselawat ke atas Nabi.
Jika di Brunei, alat-alat muzik yang digunakan untuk membantu tarian Zapin ialah gambus, rebana, gendang tabur dan ta
Asal tarian
Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun ke-16.
Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat pemerintahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.
Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian Zapin
ini dipercayai berasal dari Tanah Arab yang gerakannya adalah cepat dan
tidak banyak gerakan bunga tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima
puluhan (50an) dan enam puluhan (60an). Tarian Zapin Johor dikenali
dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua tarian ini
memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Secara
realitinya, kedua-dua genre zapin itu berasal daripada satu keseniaan
masyarakat Arab yang dibawa dari Hadramaut.
Di Johor, Malaysia, tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam
dan berfungsi sebagai hiburan sama ada pada upacara-upacara sekular
mahupun pada sambutan hari-hari kebesaran. Namun dari segi kelembutan
dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin Melayu Johor walaupun
lahir daripada adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara
selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini
memperlihatkan lebih kehalusan dan keayuan geraknya dari Tarian Zapin
Arab.
Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan
mewujudkan rasa persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik
decorps yang dapat dimunculkan sesama mereka sekali gus mematahkan rasa
malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara simbolik
gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya
usaha individu di samping meminggirkan persaingan antara pemain dalam
kumpulan mahupun antara kumpulan. Jika ditinjau daripada perspektif
inilah,maka keunikan dan keistimewaan tarian Zapin Johor amat terserlah.
Tarian Zapin Pekan merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Zapin
yang asal dipercayai berasal dari Tanah Arab yang geraknya adalah cepat
dan tidak banyak gerak bunga tarinya. Zapin Pekan dipercayai telah
diperkenalkan di sekitar daerah Pekan oleh seorang tukang songkok yang berasal dari Sumatera
bernama Adam pada tahun 1930-an. Tarian zapin bercorak tarian
persembahan atau pertunjukan. Gerak tarinya berasaskan kepada langkah
kaki2 penari. Sungguhpun tarian ini berasal dari Arab-Parsi, namun dari
segi pakaian penari2 memakai pakaian Melayu selengkapnya.
Tarian ni ada tiga peringkat. Peringkat pertama, permulaan tarian
atau pembukaan tarian. Peringkat kedua ialah pecahan atau gerak serta
lenggang tari dan peringkat ketiga merupakan peringkat akhir iaitu
sebagai penutup tarian.
Zapin begitu popular pada tahun-tahun lima puluhan dan enam puluhan
di daerah Pekan terutamanya di Kampung Tanjung Gemuk dan Kampung Lamir.
Tarian zapin biasanya ditarikan dalam majlis-majlis perkahwinan dan
majlis keramaian. Anak-anak muda menjadi penggiat utama dalam tarian
zapin ini kerana mereka mempunyai tenaga dan keupayaan menari dalam
rentak yang cepat.
Alat muzik utama yang digunakan dalam tarian ini ialah gambus,
rebana, gendang dan marakas.Anatara lagu2 berirama asli yang
didendangkan mengikut irama zapin ialah lagu2 Lancang Kuning, Zapin
Asli, Gendang Rebana dan lain2 lagi.
Seorang pemuzik bernama Tengku Mansor, telah mengambil inisiatif
mencipta lagu-lagu sebagai pengiring kepada muzik dan tarian zapin.
Antara lagu-lagu yang dicipta ialah Ya Salam, Yale-yale, Tanjung
Serindit, Sri Pekan, Lanchang Kuning, Gambus Palembang, Lancang Daik.
Lagu-lagu ini dinyanyikan oleh isteri beliau Cik Norlia yang berasal
dari Singapura.
Saturday, May 7, 2011
GALERI SENI JOHOR
SEJARAH
LATAR BELAKANG
GALERI SENI JOHOR
Galeri Seni Johor pada asalnya merupakan sebuah kediaman yang dibina pada tahun 1910 dan dikenali sebagai Bangunan Dato' Abdullah Jaafar. Kediaman ini pernah menjadi kediaman rasmi Dato' Abdullah Jaafar iaitu Menteri Besar Johor ketiga.
RUANG PAMERAN TETAP
RUANG PAMERAN SEMENTARA
Ruang
pameran di tingkat atas adalah ruang pameran berkala (sementara). Ruang
ini menempatkan karya-karya lukisan kanak-kanak, remaja, bakat baru dan
amatur. Pameran sementara pelukis-pelukis terkemuka dari dalam dan luar
negara secara solo atau berkumpulan juga menggunakan ruang di tingkat atas.
Konsep keseluruhan pameran adalah berdasarkan pendidikan dan memasyarakatkan
seni.
Peta Lokasi Galeri Seni Johor
GALERI SENI JOHOR
Galeri Seni Johor pada asalnya merupakan sebuah kediaman yang dibina pada tahun 1910 dan dikenali sebagai Bangunan Dato' Abdullah Jaafar. Kediaman ini pernah menjadi kediaman rasmi Dato' Abdullah Jaafar iaitu Menteri Besar Johor ketiga.
Bangunan
ini pernah digunakan sebagai markas Tentera Jepun. Setelah agak lama terbiar,
RISDA pernah menggunakan bangunan ini sebagai pejabat sementara dan kemudiannya
dijadikan asrama kakitangan dan pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan.
Oleh
kerana ciri-ciri seni binanya yang menarik, bangunan ini telah dipilih
untuk dijadikan sebagai Galeri Seni Johor dan dirasmikan pada 29 Januari
1994 oleh Menteri Besar Johor pada masa itu. Pada ketika itu, galeri ini
menjadi tempat pengumpulan dan pameran artifak bersejarah terutamanya
yang berkaitan dengan seni dan budaya negeri Johor secara bersepadu. Galeri
ini menerima kunjungan yang menggalakkan daripada pelawat-pelawat dalam
dan luar negara.
Kerja-kerja menaik taraf bangunan ini dimulakan pada tahun 2000. Pada tahun 2003 cadangan telah dibuat untuk menjadikan galeri ini sebagai Galeri Seni Lukis sepenuhnya dan berfungsi sebagai pusat pendidikan, pengumpulan, peragaan, pendokumentasian, rujukan serta tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seni lukis. Galeri Seni Johor dibuka semula kepada orang ramai pada 6 Mei 2003. Upacara perasmiannya dilakukan oleh Y.A.B Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor.
Kerja-kerja menaik taraf bangunan ini dimulakan pada tahun 2000. Pada tahun 2003 cadangan telah dibuat untuk menjadikan galeri ini sebagai Galeri Seni Lukis sepenuhnya dan berfungsi sebagai pusat pendidikan, pengumpulan, peragaan, pendokumentasian, rujukan serta tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seni lukis. Galeri Seni Johor dibuka semula kepada orang ramai pada 6 Mei 2003. Upacara perasmiannya dilakukan oleh Y.A.B Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor.
RUANG PAMERAN TETAP
Tingkat
bawah bangunan menempatkan karya-karya pelukis anak Johor dan pelukis-pelukis
negara yang telah memberi sumbangan besar terhadap pembangunan seni
negara sama ada dari sudut perkembangan gaya ataupun pengembangan
pemikiran, pendidikan, falsafah dan etika. Antara pelukis-pelukis
tersebut ialah Datuk Syed Ahmad Jamal, Haji Hashim Hassan, Haji Yusuf
Ghani, Fatimah Chik, Ahmad Zakii Anwar dan lain-lain. Himpunan koleksi
ini diperolehi melalui pembelian, pertandingan serta sumbangan pelukis-pelukis
tanahair sejak tahun 1994.
RUANG PAMERAN SEMENTARA
Peta Lokasi Galeri Seni Johor
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
Popular Posts
-
Mari kita kenali zapin dan asal-usulnya: Tarian Zapin (Jawi: زافين ) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian i...
-
SEJARAH LATAR BELAKANG GALERI SENI JOHOR Galeri Seni Johor pada asalnya merupakan sebuah kediam...
-
Disini saya ingin berkongsi segala cerita,perjalanan dan segala aktiviti kumpulan kebudayaan kami.kepada semua pembaca anda boleh membu...
-
Majlis HI TEA Kumpulan kebudayaan Nurmutiara/As-salam. pada 09.07.2011, bertempat di Felda pasak kota tinggi Johor. persiapan untuk suk...
My Blog List
-
-
Wordless Friday - *Wordless Friday* [image: Image result for kata hikmah islam terbaik] Hari yang sibuk teramat sangat...sebelum cuti rehat keesokan hari nya...9 years ago
-
Majlis Penyampaian Watikah Jawatan Abang-abang Seluruh Negeri Johor - Salam Ikhwan, Dijemput semua Jemaah Tok Ayah Hj Abd Rahman Bin Mahadi ke Majlis Penyampaian Watikah Abang-abang Seluruh Negeri Johor:- Tarikh : 10 hb Apri...13 years ago
-