Saturday, May 7, 2011

GALERI SENI JOHOR

SEJARAH LATAR BELAKANG
GALERI SENI JOHOR


Galeri Seni Johor pada asalnya merupakan sebuah kediaman yang dibina pada tahun 1910 dan dikenali sebagai Bangunan Dato' Abdullah Jaafar. Kediaman ini pernah menjadi kediaman rasmi Dato' Abdullah Jaafar iaitu Menteri Besar Johor ketiga.

Bangunan ini pernah digunakan sebagai markas Tentera Jepun. Setelah agak lama terbiar, RISDA pernah menggunakan bangunan ini sebagai pejabat sementara dan kemudiannya dijadikan asrama kakitangan dan pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan.
Oleh kerana ciri-ciri seni binanya yang menarik, bangunan ini telah dipilih untuk dijadikan sebagai Galeri Seni Johor dan dirasmikan pada 29 Januari 1994 oleh Menteri Besar Johor pada masa itu. Pada ketika itu, galeri ini menjadi tempat pengumpulan dan pameran artifak bersejarah terutamanya yang berkaitan dengan seni dan budaya negeri Johor secara bersepadu. Galeri ini menerima kunjungan yang menggalakkan daripada pelawat-pelawat dalam dan luar negara.

Kerja-kerja menaik taraf bangunan ini dimulakan pada tahun 2000. Pada tahun 2003 cadangan telah dibuat untuk menjadikan galeri ini sebagai Galeri Seni Lukis sepenuhnya dan berfungsi sebagai pusat pendidikan, pengumpulan, peragaan, pendokumentasian, rujukan serta tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seni lukis. Galeri Seni Johor dibuka semula kepada orang ramai pada 6 Mei 2003. Upacara perasmiannya dilakukan oleh Y.A.B Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor.




















 RUANG PAMERAN TETAP

Tingkat bawah bangunan menempatkan karya-karya pelukis anak Johor dan pelukis-pelukis negara yang telah memberi sumbangan besar terhadap pembangunan seni negara sama ada dari sudut perkembangan gaya ataupun pengembangan pemikiran, pendidikan, falsafah dan etika. Antara pelukis-pelukis tersebut ialah Datuk Syed Ahmad Jamal, Haji Hashim Hassan, Haji Yusuf Ghani, Fatimah Chik, Ahmad Zakii Anwar dan lain-lain. Himpunan koleksi ini diperolehi melalui pembelian, pertandingan serta sumbangan pelukis-pelukis tanahair sejak tahun 1994.



       
 



RUANG PAMERAN SEMENTARA


Ruang pameran di tingkat atas adalah ruang pameran berkala (sementara). Ruang ini menempatkan karya-karya lukisan kanak-kanak, remaja, bakat baru dan amatur. Pameran sementara pelukis-pelukis terkemuka dari dalam dan luar negara secara solo atau berkumpulan juga menggunakan ruang di tingkat atas. Konsep keseluruhan pameran adalah berdasarkan pendidikan dan memasyarakatkan seni.
 
 

   





Peta Lokasi Galeri Seni Johor



















No comments:

Followers

Popular Posts

My Blog List