GALERI SENI JOHOR
Galeri Seni Johor pada asalnya merupakan sebuah kediaman yang dibina pada tahun 1910 dan dikenali sebagai Bangunan Dato' Abdullah Jaafar. Kediaman ini pernah menjadi kediaman rasmi Dato' Abdullah Jaafar iaitu Menteri Besar Johor ketiga.
Bangunan
ini pernah digunakan sebagai markas Tentera Jepun. Setelah agak lama terbiar,
RISDA pernah menggunakan bangunan ini sebagai pejabat sementara dan kemudiannya
dijadikan asrama kakitangan dan pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan.
Oleh
kerana ciri-ciri seni binanya yang menarik, bangunan ini telah dipilih
untuk dijadikan sebagai Galeri Seni Johor dan dirasmikan pada 29 Januari
1994 oleh Menteri Besar Johor pada masa itu. Pada ketika itu, galeri ini
menjadi tempat pengumpulan dan pameran artifak bersejarah terutamanya
yang berkaitan dengan seni dan budaya negeri Johor secara bersepadu. Galeri
ini menerima kunjungan yang menggalakkan daripada pelawat-pelawat dalam
dan luar negara.
Kerja-kerja menaik taraf bangunan ini dimulakan pada tahun 2000. Pada tahun 2003 cadangan telah dibuat untuk menjadikan galeri ini sebagai Galeri Seni Lukis sepenuhnya dan berfungsi sebagai pusat pendidikan, pengumpulan, peragaan, pendokumentasian, rujukan serta tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seni lukis. Galeri Seni Johor dibuka semula kepada orang ramai pada 6 Mei 2003. Upacara perasmiannya dilakukan oleh Y.A.B Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor.

RUANG PAMERAN TETAP
Tingkat
bawah bangunan menempatkan karya-karya pelukis anak Johor dan pelukis-pelukis
negara yang telah memberi sumbangan besar terhadap pembangunan seni
negara sama ada dari sudut perkembangan gaya ataupun pengembangan
pemikiran, pendidikan, falsafah dan etika. Antara pelukis-pelukis
tersebut ialah Datuk Syed Ahmad Jamal, Haji Hashim Hassan, Haji Yusuf
Ghani, Fatimah Chik, Ahmad Zakii Anwar dan lain-lain. Himpunan koleksi
ini diperolehi melalui pembelian, pertandingan serta sumbangan pelukis-pelukis
tanahair sejak tahun 1994.
RUANG PAMERAN SEMENTARA
Peta Lokasi Galeri Seni Johor